Thursday, April 2, 2009

KARYA-KARYA KREATIF IDZKHM
























Apa yang dipaparkan pada halaman ini adalah hasil-hasil karya
kreatif yang saya hasilkan sekitar tahun 1977 hingga 1997. Kecuali
novel remaja Tragedi Tanpa Rencana yang saya hasilkan atas permintaan Saudara Ajikik yang bertugas di DBP ketika itu, novel
yang lain saya hasilkan bermula dengan kajian yang agak lama dan getir.

Tragedi Empat Disember yang berlatarbelakangkan tragedi
sebenar meletup dan terhempasnya pesawat MH653 di Tanjung Kupang menuntut saya mengumpul maklumat dan membuat penyelidikan di Gelang Patah Johor.

Catatan Dari Laut bedasarkan pengalaman sebenar sahabat baik
saya Keptan Mohd Suyud Suhaimi yang berkhidmat dengan Syarikat Perkapalan Terbesar di Malaysia iaitu MISC. Kajian perpustakaan mengenai bandar-bandar pelabuhan-pelabuhan besar dunia seperti Bangkok, Kobe, Yokohama, Italy, Sepanyol, Antwerb, Luxemburg, Holland dan banyak lagi bandar pelabuhan yang menjadi latar bagi novel
yang berjaya meraih Hadiah Sayembara Novel Remaja ESSO-GAPENA 1984 itu

Pengalaman paling getir adalah penyelidikan melebihi lima tahun ketika menghasilkan Nostalgia Padang. Selain latar tempata di Malaysia, Nostalgia Padang juga mengambil latar luar negara seperti Singapura, Indonesia, India, Afrika Selatan dan Arab Saudi. Penulisan novel ini juga mengambil masa yang agak penjang kerana ianya saya kerjakan secara sambilan kerana tugas hakiki ketika itu adalah mengajar.

Alhamdulillah segala susah payah itu Allah balas dengan ganjaran lumayan melalui keberhasilan novel ini meraih tiga hadiah peringkat negeri dan kebangsaan. Ketika masih dalam bentuk manuskrip, novel ini meraih Hadiah Kedua Hadiah Novel Nasional Sako 1 (1995), kemudian NP meraih Hadiah Kategori Novel Dewasa Hadiah Sastera Johor Darul Taazim 1996 dan meraih Hadiah Sastera Malaysia kategori Novel 1997.

Sayangnya novel ini kurang publisiti dan sukar ditemui dalam pasaran. Rakan-rakan yang berusaha hendak mendapatkan novel ini di awal penerbitannya pun terpaksa menggunakan khidmat pesanan khas melalui toko-toko buku. Saya sendiri terpaksa membuat pesanan terus ke Bahagian Pemasaran UP&D. Ada ketikanya saya terpaksa pergi sendiri ke Pejabat UP&D di Shermelin Perkasa Kuala Lumpur untuk membeli buku ini

4 comments:

  1. Salam, saya merupakan salah seorang pembaca novel nostalgia padang karya saudara. walaupun sudah lama saya membaca ketika di waktu sekolah menengah, sehingga kini saya maseh ingat jalan ceritanya yang lain dari yang lain. saya berharap saudara dapat terus menghasilkan karya sebegini.
    yang benar,
    nazlee

    ReplyDelete
  2. saya dah 3 kali beli novel nostalgia padang. Ada yang hilang , orang pinjam terus. Alhamdulillah masih ada satu lagi salinan kat saya. Terus terang saya cakap, watak muhammad mukti banyak memberi teladan yang sangat berguna dalam hidup saya.

    ReplyDelete
  3. salam...
    novel nostalgia padang dan catatan dari laut adalah antara novel terbaik perna saya baca. diharapkan dapat menghasilkan karya-karya seperti ini lagi di masa akan datang dan masalah kesukaran untuk mendapatkannya dapat diatasi.novel-novel tersebut arwah abang saya yang juga anak murid penulis membelinya terus dari penulis setelah mencari sendiri di pasaran.

    ReplyDelete
  4. salam. cikgu saya suka novel tragedi 14 disember tu . mudah diingat jalan cerita nya. dan sejak dari tu saya dapat A bhasa melayu :) terima kasih cikgu

    ReplyDelete